5 Tips Mengekalkan Prestasi Kerja Ketika Berkerja Di Rumah

Sejak penularan COVID -19 melanda dunia pada tahun 2020, persekitaran pekerjaan mengalami perubahan drastik pada semua peringkat di seluruh dunia. Pandemik ini telah mewujudkan norma persekitaran baharu, iaitu bekerja dari rumah sehingga memberikan cabaran besar kepada ramai pekerja.

Cabaran menangani isu bekerja dari rumah realitinya luar biasa kerana tumpuan penuh perlu diberikan kepada kerja hakiki disamping melakukan kerja rumah dan bersifat produktif semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga, termasuk anak dengan baik.

Sebahagian dari kita mungkin berjaya mengadaptasi suasana berada di tempat kerja. Namun, bagi yang bekerja dari rumah buat kali pertama, segalanya mungkin agak kurang teratur untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika perlu berhadapan dengan ibu bapa, adik-beradik, anak dan pasangan.

Di sini dikongsikan beberapa tips untuk mengekalkan prestasi kerja ketika berkerja di rumah. 

1. Kita perlu mengasingkan waktu kerja dengan waktu peribadi. Membahagikan waktu berkerja dengan peribadi sangat penting dalam menguruskan masa ketika berkerja di rumah. Ini dapat membezakan antara waktu peribadi dan berkerja. Sememangnya bukan perkara mudah namun ia boleh dilakukan.

2. Kita perlu berpegang kepada jadual yang telah disusun dan adalah penting untuk kita meletakkan sempadan pada waktu kerja untuk mengelak paksaan berkerja sepanjang masa. Apabila berada pada tahap selesa di rumah, ia memudahkan kita berkerja secara fleksibel dengan suasana di rumah seperti boleh membalas e-mel majikan selepas waktu bekerja.

3. Kita juga boleh mengekalkan produktiviti kerja dengan mencipta persekitaran kerja kondusif seperti di tempat kerja. Cipta suasana ruang di rumah seperti keadaan ruang di tempat kerja. Apabila kita mewujudkan simulasi tempat kerja di rumah, ia akan mewujudkan suasana fokus untuk kita menjadi produktif.

4. Kita perlu mengenal pasti ruang atau sudut kerja sesuai yang supaya dapat melakukan kerja dengan baik dan memberi imej profesional pada mesyuarat dalam talian, sekali gus menampakkan imej positif kepada majikan.

5. Apabila berkerja di rumah, kadangkala kita akan berdepan isu kerja rumah seperti paip bocor atau sinki tersumbat. Bagaimanapun, kita perlu mendahulukan kerja pejabat ketika waktu kerja dan memberi fokus kepada rumah ketika waktu rehat atau selepas waktu bekerja.

Dengan mewujudkan persekitaran ruang kerja di rumah, ia akan memberi bayangan kepada ahli keluarga lain untuk menghormati waktu kita bekerja.

Kita diamanahkan menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja produktif walaupun berkerja dari rumah ketika COVID-19. Kita perlu mengolah cabaran mendatang untuk mencari solusi supaya boleh menghadapi cabaran kerja dari rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Tips Mengekalkan Perhubungan Jarak Jauh Dalam Pandemik COVID-19